Social Icons

29 October 2012

Termokimia

1. Pengenalan
1.1 Tenaga yang terkandung di dalam bahan kimia dipanggil tenaga kimia.
1.2 Tindak balas kimia biasanya disertai dengan perubahan tenaga.
1.3 Perubahan tenaga yang terlibat mungkin adalah tenaga kimia, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga elektrik , tenaga keupayaan dan tenaga kinetik.
1.4 Termokimia ialah kajian tentang perubahan tenaga haba yang berlaku di dalam suatu tindak balas kimia.

2. Tindak balas eksotermik
2.1 Tindak balas eksotermik adalah disertai dengan pembebasan tenaga haba ke sekelilingnya.
2.2 Tenaga haba yang dibebaskan akan menyebakan bekas yang menampung tindak balas itu terasa panas apabila disentuh dengan tangan.
2.3 Suhu campuran bahan-bahan tindak balas eksotermik akan menaik.
      2.4 Contoh-contoh :
            2.4.1Tindak balas pembakaran bahan api
            2.4.2 Tindak balas pemendakan
            2.4.3 Tindak balas penyesaran
            2.4.4 Tindak balas peneutralan


3. Tindak balas endotermik
3.1 Tindak balas endotermik adalah disertai dengan penyerapan tenaga haba daripda sekeliling.
3.2 Tenaga haba yang diserap daripada sekeliling akan menyebabkan bekas yang menampung tindak balas itu terasa sejuk apabila disentuh dengan tangan.
3.3 Suhu campuran bahan-bahan tindak balas endotermik akan menurun.
      3.4 Contoh-contoh:
            3.4.1 Penguraian kalsium karbonat apabila dipanaskan dengan kuat.
            3.4.2 Melarutkan garam ammonium klorida di dalam air

1 comment:

  1. Thanks for the nice post. I have already bookmarked it.It was really a good read. I also think quality is vitally important! But saying that, your articles are always a fab read., Keep up the good work.

    Migration Pinnacle Cart

    ReplyDelete